Selamat Datang Ke Blog Kelab Prostar SEDAR



Create a Myspace LED Scroller




Selamat Datang Ke Blog Kelab Prostar SMKDS





APAKAH PROSTAR ?

PROSTAR adalah singkatan kepada " Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja ". Program ini diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja . Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan ( NGO ) . Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka , Kuala Lumpur . PROSTAR berkonsepkan " Oleh Remaja , Melalui Remaja , Untuk Remaja " . Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ke arah hidup sihat tanpa AIDS .

KONSEP PROSTAR

Menggerakkan remaja sebagai Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ke arah hidup sihat tanpa AIDS .

OBJEKTIF PROSTAR

- Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan HIV , cara pencegahan dan pengawalannya .

- Menyemai sikap positif di kalangan remaja akan masalah HIV yang dikaitkan dengan gejala sosial yang melanda remaja pada masa ini .

- Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat , serta menghindari tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV .

- Membentuk segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara hidup sihat dan menggerakkan remaja agar turut serta dalam usaha menentang ancaman AIDS .

- Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja .

FORMULA PROSTAR

- Maklumat
maklumat komprehensif tentang HIV/AIDS , isu - isu sosial , kemahiran berkomunikasi , perancangan program dan tingkahlaku berisiko yang perlu dijauhi .
-Tanggungjawab
belajar menghargai maklumat - maklumat yang diperolehi serta
bertanggungjawab terhadap diri sendiri , keluarga dan sahabat handai .
-Usaha
rasa prihatin yang terhasil melahirkan kesedaran untuk remaja
meneraju usaha giat memerangi AIDS di kalangan rakan sebaya .
-Risiko
akhirnya wujudlah keupayaan menangkis tingkahlaku berisiko dan
pengaruh gejala negatif di kalangan remaja , rakan sebaya dan komuniti .
-Hidup Sihat Tanpa Aids